MAHB berkata, anak syarikat milik penuhnya, Malaysia (Airport) Subang Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian usaha sama (JV) dengan unit Boustead Projects, BP Aerotech (Subang) Sdn. Bhd. yang menyaksikan masing-masing mempunyai 30 peratus dan 70 peratus kepentingan

ke atas hab yang akan disewakan kepada syarikat-syarikat dalam industri aeroangkasa.

“Di bawah perjanjian berkenaan, sebuah syarikat JV akan ditubuhkan akan diberikan hak untuk menyewakan sehingga 14.03 hektar di dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang,” kata MAHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Firma JV berkenaan akan melantik BP Aerotech atau unit perniagaannya untuk menjalankan reka bentuk, pembinaan, pengurusan projek, pengurusan pembangunan dan pengurusan aset atau pengurusan hartanah untuk pembangunan taman aeroangkasa tersebut. -UTUSAN ONLINE