Pengurus Wilayah Lulu Group Retail Sdn. Bhd., Shihab N. Yousaf berkata, promosi tersebut melibatkan beberapa jenis produk terdiri daripada makanan, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan plastik dan barangan elektronik.

"Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan rumah dan dapur di pasaraya kami dengan harga yang murah dan berpatutan.

"Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta jenama Proton X70, telefon dan barangan elekronik dengan menyertai ' Dream Drive Contest' yang telah bermula pada 1 Mei lalu dan berakhir 1 September ini, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Karnival Dunia Makanan yang disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh di pasar berkenaan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE