Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pihaknya akan menganjurkan pertandingan yang sama pada hujung tahun ini selepas melihat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

"Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu Burst yang mana hanya melibatkan peserta berumur 4 tahun hingga 21 tahun manakala Metal Fury terbuka untuk semua peringkat umur.

"Pertandingan ini diwujudkan bagi menggalakkan keluarga melakukan aktiviti riadah bersama selain dapat mengurangkan tumpuan kanak-kanak daripada permainan elektronik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE