MDSB menerusi laman web rasminya berkata, program bertemakan Desa Indah dan Mampan Sabak Bernam itu mengetengahkan keunikan tersendiri yang mana peserta bakal mengalami suasana larian berlatarkan panorama kampung dan sawah bendang.

Katanya, terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu 13 kilometer (km) terbuka, 10km veteran dan 6km santai.

“Bagi kategori terbuka, yuran sebanyak RM60 dikenakan kepada peserta manakala RM55 dan RM45 untuk veteran dan santai.

“Ketiga-tiga kategori itu akan dilepaskan secara berasingan bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berminat menyertai program tersebut boleh membuat pendaftaran mulai hari ini di http://t2u.asia/e/12833. - UTUSAN ONLINE