SPAN berkata, pihaknya akan menghantar inout berkenaan dalam bentuk laporan untuk dinilai dan dipertimbangkan sekiranya ia sesuai dilaksanakan.

"Seminar ini bertujuan mengumpul maklumat, mengenal pasti punca dan mencari penyelesaian ke arah memastikan pencemaran terhadap sumber air mentah utama negara tidak berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, seramai 120 peserta dalam kalangan warga industri air, pakar akademik, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkepentingan, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta wakil media menyertai seminar di Hotel Armada, Petaling Jaya di sini, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE