Prolintas berkata, pihaknya menjalankan kerja-kerja pembinaan itu bermula dari pukul 8 pagi tadi hingga 6 petang ini dan bermula semula pada pukul 4 petang esok hingga 3 pagi.

"Kami akan meminimumkan gangguan semasa kerja-kerja ini dijalankan. Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan juga akan ditempatkan di kawasan terbabit," katanya.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan berhati-hati di kawasan pembinaan dan mematuhi had kelajuan ditetapkan dan arahan petugas untuk perjalanan yang lebih lancar. - UTUSAN ONLINE