Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata, ia bersikap positif terhadap cadangan itu supaya hasil semasa yang rendah bagi hartanah bukan terasnya dapat ditangani.

“Secara keseluruhan, kami mengekalkan unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2019-2020, namun menaikkan saham kepada ‘berprestasi tinggi’ dengan harga sasaran dijana aliran tunai terdiskaun yang lebih tinggi pada RM3.10 supaya pengurusan tunai menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Kenanga Research berkata, meskipun tidak membuat perubahan terhadap pendapatan bagi tahun kewangan 2019- 2020 buat masa ini, sementara menunggu keputusan proses tender, ia percaya TM berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan keberkesanan operasinya dan memperkukuh lembaran imbangan menerusi pengurusan aset lebih aktif.

TM telah mengeluarkan notis tender baru-baru ini untuk menjual bangunan 20 tingkat TM Annexe 1 dan bangunan 33 tingkat TM Annex 2 yang terletak bersebelahan Menara TM dan bercadang menutup penyerahan itu pada 28 Mac 2019.

Pada 10.16 pagi, saham TM menyusut satu sen kepada RM3.21, dengan 106,200 saham bertukar tangan. - BERNAMA