Kempen yang diadakan di stesen minyak Petronas, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Selangor itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, Mazwan Johar, semalam.

Mazwan berkata, kempen itu bertujuan memupuk kesedaran sivik kepada pengguna kenderaan supaya lebih berdisiplin dengan tidak menjadikan jalan raya atau pinggiran jalan sebagai tempat pembuangan sampah.

“Sepanjang pengalaman dan pemerhatian saya semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), didapati banyak sampah bertaburan di bahagian pembahagi atau tepi jalan raya yang dibuang daripada kenderaan.

“Saya percaya usaha kecil ini jika dijadikan amalan menyumbang kesan yang besar ke arah penjagaan alam sekitar,’’ katanya.


Dalam kempen itu, pemandu diberikan satu unit tong sampah kecil secara percuma untuk kegunaan pemandu sementara sampah di dalam kenderaan dibuang ke tempat sepatutnya. - UTUSAN ONLINE