OCBC Bank dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hasil kutipan daripada program tarian zumba dan budaya selama enam jam itu akan digunakan untuk membantu membiayai keperluan anak-anak yatim, orang tua, ibu tunggal dan golongan kurang upaya.

Pengarah Projek Anggun City Hong Bee Land, Ng Chin Nguang berkata, meskipun aktiviti tarian diisi untuk menceriakan suasana dan menjadikan gaya hidup lebih sihat, namun tumpuan tetap kepada usaha mengumpul kepada mereka yang memerlukan.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk menambah baik kehidupan anggota masyarakat. Kami terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh kakitangan OCBC Rawang yang menyertai usaha amal dengan menyumbangkan makanan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan yang mewakili OCBC Bank cawangan Rawang, Danny Yap berkata, penglibatan pihaknya dalam program itu jelas menunjukkan usaha ke arah mewujudkan kerjasama dan membabitkan diri dalam kerja-kerja sosial di seluruh negara.

“Kami bersedia untuk membantu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Anggun City kerana memberi peluang untuk membantu masyarakat di sini,” katanya. - UTUSAN ONLINE