POSTER Kejohanan Badminton Komuniti Strata Piala Yang Dipertua MPS. - UTUSAN ONLINE

MPS berkata, program dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama Strata MPS, Jawatankuasa Penduduk Zon 12 dan 222 Sports Centre cawangan Selayang akan diadakan di Selayang Mall dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

“Penyertaan dibuka kepada penduduk komuniti strata (peringkat amatur) yang bermastautin di kawasan MPS sahaja.

“Acara ini terhad untuk 32 pasukan dan yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, empat kategori dipertandingkan iaitu berpasukan campuran, beregu lelaki terbuka (satu beregu), beregu lelaki veteran (40 tahun ke atas) (satu beregu) dan beregu campuran terbuka (satu beregu).

“Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta medal dan sijil penyertaan.

“Naib Johan pula akan menerima RM800 beserta medal dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing RM500 beserta medal dan sijil penyertaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, majlis penutupan kejohanan akan dirasmikan oleh Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman pada pukul 4 petang, 24 Mac.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Mac dan borang pendaftaran yang lengkap beserta slip pembayaran yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada urusetia di alamat Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, Batu Caves Selangor,” katanya. - UTUSAN ONLINE