Masakan tidak ramai yang mengandaikan muzium ber­kenaan sudah pasti banyak persamaan dengan muzium-mu­zium sedia ada di negara ini yang berkonsepkan teknik lukisan tiga dimensi (3D).

Namun selepas meneliti setiap inci karya yang dipamerkan kelainan dan keindahan mulai terserlah.

Pengarah muzium tersebut, Ricky Ng Sim Loke berkata, apa yang ditawarkan di sini adalah berbeza dengan muzium 3D sedia ada kerana semua lukisan dihasilkan menggunakan tangan dan digarap meliputi dinding dan lantai.

“Tujuan utama saya membuka muzium ini untuk memberi pilihan kepada orang ramai menikmati lukisan 3D dalam pelbagai sudut berbeza.

“Dalam masa sama memberi pendedahan dan menukar persepsi masyarakat berkenaan dengan bidang seni yang dianggap ‘tidak ke mana,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di muzium berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, lebih 36 buah lukisan menghiasi dinding dan lantai bangunan dua tingkat itu yang menggunakan teknologi ‘Inde appsha­ker’s augmented reality’ pertama di Malaysia.

Menurutnya, generasi muda yang mengunjungi tempat ini bukan sahaja dapat bersuka ria tetapi turut berpeluang mempelajari lebih mendalam apa itu seni.

Sementara itu rata-rata pe­ngunjung ditemui begitu teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut.