Beroperasi selama lima hari sehinggga 4 Jun ini, program ini dianjurkan khusus bagi memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut Rabu depan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, program yang diadakan menawarkan penjimatan besar kepada pengguna terutamanya bagi produk-produk basah seperti daging dan buah-buahan.

Beliau yang baru dilantik memegang portfolio Sosial dan Pembangunan Ekonomi Majlis Menteri Wilayah Persekutuan berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu meringankan beban rakyat yang akan menyambut Aidilfitri kelak.

“Harapan saya, bukan pada musim perayaan sahaja kita dapat menyaksikan lebih ramai warga kota datang ke pasar tani untuk berbelanja kerana jika kita lihat, memang ada penjimatan jika kita bawa dari ladang terus ke pasar.

“Sekiranya ada apa-apa masalah yang dihadapi para petani, FAMA (atau) saya pasti boleh bantu untuk mengatasi. Yang pentingnya penjimatan itu dirasai oleh pengguna, itu perkara paling penting,” katanya selepas merasmikan program tersebut di Pasar Tani Bukit Angkasa, di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi FAMA, Ishak Ismail. - UTUSAN ONLINE