Bazar sempena bulan Ramadan itu mengetengahkan kira-kira 15 gerai food truck pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 4 petang hingga 10 malam.

Program anjuran Summit USJ dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, RW Events dan KLFTEA itu akan turut menjayakan jualan tanpa straw plastik dan bekas makanan polisterina sebagai kempen pemeliharaan alam sekitar. - UTUSAN ONLINE