Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi catatan di Facebook berkata, pembukaan jualan itu akan dilaksana sebanyak tiga shif iaitu pagi, petang dan malam bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

“Kemudahan ini sebagai pilihan kepada pengunjung taman untuk menikmati juadah yang disediakan oleh pengendali makanan food truck. Operasi ini juga bermakna taman ini akan dibuka kepada pengunjung sehingga pukul 10 malam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, petak letak kereta (di laman utama Taman Tasik Permaisuri sahaja) pada peringkat ini adalah percuma tanpa dikenakan caj sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Sejumlah 97 petak letak kereta disediakan di kawasan taman utama ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE