JKKN dalam kenyataan di sini berkata, program itu akan diadakan di dua lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong, Bekok, Segamat Johor pada esok dan Kumpulan Seni Budi Semelai Bera, Pahang (4 Julai).

“Program ini juga dapat memperkukuh identiti nasional di samping mengeratkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan integrasi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Menurut kenyataan itu, program yang sama turut diadakan di tiga lokasi lain iaitu Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh; Kumpulan Kampung Sungai Buah, Selangor dan Gelanggang Gasing, Kampung Sanggang, Temerloh Pahang masing-masing pada 28, 29 dan 30 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE