Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan dengan bacaan IPU sangat tidak sihat tersebut adalah Sri Aman (247) dan Kuching (249).

IPU di Samarahan turun ke bacaan 199 berbanding 202 pukul 10 pagi tadi.

IPU di Kuching dilihat kekal pada bacaan 249 sejak pukul 12 tengah hari manakala bacaan di Sri Aman berlegar antara bacaan 245 kepada 248 dalam waktu sama.

Manakala sembilan kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Muda (101), Cheras (104), Putrajaya (104), Nilai (108), ILP Miri (114), Sibu (132), Sarikei (160) dan Samarahan (199), Johan Setia Klang (150). - UTUSAN ONLINE