Setakat ini, kawasan dengan IPU tertinggi adalah Sri Aman (155) diikuti Seri Manjung (148) serta Batu Muda dan Kuala Selangor masing-masing (138).

Kawasan lain yang masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Balik Pulau (136); Klang (132), Shah Alam (129), Putrajaya (124), Nilai (122), Petaling Jaya (121), Banting (119), Jerantut (117), Tangkak (109) Minden (107) dan Tasek Ipoh (105).

Seremban yang mencatatkan IPU tidak sihat pagi tadi dilihat mula pulih pada tahap (97). - UTUSAN ONLINE