Jawatankuasa Pertanian, Pem­-
­bangunan Usahawan dan Industri Asas Tani ne-geri, Norhizam Hassan Baktee berkata, kerajaan negeri sedia maklum dengan perkembangan para peniaga di Jalan Hang Tuah yang berdepan kesukaran menarik orang ramai ke kedai masing-masing.

“Kita memang mahu bantu para peniaga di sekitar Hang Tuah Mall kerana suatu masa dahulu, kawasan ini sering dikunjungi pelancong, tetapi baru-
baru ini kawasan ini tidak begitu meriah lagi.

“Saya akan adakan sesi dia-log dengan persatuan peniaga di kawasan ini dalam masa terdekat bagi mengetahui punca sebenar serta kesukaran yang dihadapi mereka supaya kerajaan negeri dapat membantu mereka dengan kaedah yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari dalam Majlis Perasmian Penubuhan Persatuan Usahawan Peniaga Jalan Hang Tuah di sini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Pengerusi Persatuan Usahawan Peniaga Jalan Hang Tuah, Zaini Ismail.

Sementara itu, Poay Tiong memberitahu, perkembangan di Jalan Hang Tuah juga sejak beberapa tahun lalu juga mungkin menjadi punca kurang minat orang ramai untuk berkunjung ke kawasan tersebut.

“Sekarang di kawasan ini sudah ada banyak bangunan kerajaan, malah laluan juga banyak yang sehala, menyukarkan orang ramai untuk singgah di kawasan ini.

“Kita harap kawasan ini dapat diwujudkan uptown bagi memeriahkan lagi suasana serta beberapa aktiviti menarik yang dapat menarik perhatian pe­ngunjung selain mereka pergi ke kawasan Jonker Walk yang sememangnya padat,” katanya.