Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran sektor pembuatan naik 4.2 peratus pada April 2019 berbanding Mei 2018 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus pada April 2019.

“Subsektor utama yang menyumbang kepada peningkatan pada Mei 2019 ialah produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (6.9 peratus), produk elektrik dan elektronik (3.7 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.2 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengeluaran sektor perlombongan naik tiga peratus tahun ke tahun pada Mei 2019, merupakan pertumbuhan tertinggi sejak September 2017, disumbangkan oleh indeks gas asli (7.6 peratus), manakala indeks minyak mentah susut dua peratus.

Pengeluaran sektor elektrik meningkat 5.7 peratus pada Mei 2019 berbanding Mei 2018.

IPP Malaysia antara Januari 2019 dan April 2019 meningkat 3.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan dalam sektor elektrik (5.8 peratus) dan sektor pembuatan (4.1 peratus).

Sementara itu, sektor perlombongan merosot 0.1 peratus. - BERNAMA