ANIH Berhad (ANIH) dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden yang disebarkan melalui aplikasi Whatapps itu adalah kemalangan sebuah treler itu merupakan kejadian yang telah berlaku pada 10 April lalu.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana kejadian berkenaan bukan insiden baharu dan ia telah ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kami harap orang ramai tidak akan menyebarkan maklumat yang tidak sah terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan melayari laman sosial Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE