Program kali ke-8 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar di samping menjadi platform kepada warga Hulu Selangor untuk beriadah bersama ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program yang berlangsung bermula 6.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari itu antaranya kayuhan santai, larian santai, senamrobik, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

Keunikan program kali ini agak berbeza dengan penganjuran sebelum ini apabila penganjur memperkenalkan aktiviti `plogging’ yang mana pengunjung sama-sama mengutip sampah di kawasan sekitar karnival secara santai sambil berjalan dan melakukan aktiviti riadah lain.

Turut hadir memeriahkan program Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsuid Hui; Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Engku Raja Muzaffar Raja Rezza dan Yang Dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin. - UTUSAN ONLINE