Beliau berkata, kementerian menerusi Kraftangan Malaysia akan berusaha gigih dan konsisten dalam memastikan produk-produk tempatan mendapat perhatian pengguna dari dalam dan luar negara.

Katanya, selain program pameran dan jualan di Kompleks Kraf, acara yang sama turut diadakan serentak di pusat beli belah mengikut zon negeri dan di hotel-hotel sekitar Lembah Klang.

“Saya menyeru kepada 500 usahawan yang terlibat dalam program kali ini memanfaatkan sepenuhnya kehadiran pelancong dengan menampilkan produk-produk kraf bertaraf antarabangsa dan mengikut trend terkini di samping mengekalkan identiti Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019 di Kompleks Kraf hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. - UTUSAN ONLINE