Program bertemakan Masyarakat Berilmu dan Sihat, Negara Sejahtera ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari AHIBS UTM Kuala Lumpur, di bawah penyeliaan Dr. Zarina Abdul Salam.

Menerusi program tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya saringan kesihatan, expo buku, demonstrasi penjagaan kesihatan, pertandingan mewarna, perkongsian kuliah dhuha oleh bekas anggota kumpulan Wings (Mel) dan lain-lain lagi

Program itu dirasmikan oleh Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Professor Dr. Shamsul Sahibuddin dan beliau turut melancarkan buku yang berjudul ‘The Sin of a Fresh Graduate’. 

Buku ini adalah hasil karya daripada dua orang pensyarah AHIBS iaitu Dr. Shathees Baskaran dan Profesor Madya Dr. Nomahaza Mahadi serta Alumni MBA AHIBS, Jasveena Prabhagaran.  

Buku ini mengisahkan tentang rintangan yang dihadapi oleh seorang insan sejak kecil dalam usaha menjadi seorang graduan, seterusnya menempuhi pelbagai cabaran demi cabaran dalam membentuk masa depan yang cerah.

Dalam majlis tersebut, Dr. Shamsul turut menyampaikan sijil kepada 16 peserta Bengkel Emosi Cerdas Prestasi Tuntas (ECPT).  -UTUSAN ONLINE