Gema Negeri Sembilan dalam satu kenyataan di sini berkata, program yang dianjurkan itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap pembaziran makanan yang masih boleh dimakan di negara ini.

“Program yang diadakan itu bertujuan mengelak pembaziran makanan yang masih boleh dimakan terutamanya bagi rakyat negara ini.

“Kira-kira 3,000 hingga 15,000 tan makanan yang tidak disentuh boleh diselamatkan melalui program seperti ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu kenyataan tersebut berkata, golongan belia perlu berubah ke arah positif dalam membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara seiring dengan matlamat pertubuhan organisasi tersebut.

“Belia diarahkan untuk terus menjana perubahan positif dalam kehidupan generasi muda supaya memperoleh keharmonian dalam kehidupan seharian tanpa ada sikap iri hati.

“Di samping menambah nilai terhadap pembangunan keluarga, komuniti, dan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE