Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjangkakan tempoh pemulihan adalah secara berperingkat dan mengambil masa sehingga Rabu ini.

Menurutnya, di wilayah Kuala Lumpur  tahap pemulihan dijangka mencapai 98 peratus pada Selasa ini selewat- lewatnya pukul 12 tengahari.

Ini diikuti wilayah Petaling pada tahap 90 peratus manakala Klang dan Shah Alam sebanyak 76 peratus juga pada hari Rabu  ini.

"Wilayah Gombak pula dijangka pulih 94 peratus esok selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari dan  Kuala Langat dijangka pulih sepenuhnya pada hari Rabu.

"Pengguna terjejas di Kuala Selangor  dan Hulu Selangor pula telah menerima bekalan air sepenuhnya   lewat petang semalam, " katanya dalam kenyataan pagi ini.

Ujarnya, bantuan lori-lori tangki air masih terus digerakkan ke kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Pengguna di kawasan terjejas boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor untuk maklumat dan status terkini atau menghubungi talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan.-UTUSAN ONLINE