Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, gangguan yang berlaku antara 36 hingga 84 jam itu bergantung kepada geografi dan kawasan premis disebabkan kerja-kerja penambahbaikan sistem dan penutupan bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Menurutnya, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan LRA SSP1 dilaksanakan.

“Pada hari pertama dan kedua, hanya premis kritikal seperti klinik, hospital, majlis perkahwinan dan kematian akan menerima bekalan air manakala di kawasan lain bantuan itu hanya akan diaktifkan pada hari ketiga,” katanya dalam sidang akhbar Makluman Gangguan Bekalan Air Berjadual di Ibu Pejabat Air Selangor di sini hari ini.

Menurut Suhaimi, bantuan lori tangki air serta Pusat Khidmat Setempat (PKS) hanya akan mula digerakkan bermula pukul 8 pagi pada 25 Julai ini.

"Pengguna yang terlibat boleh mendapatkan makluman terkini mengenai gangguan bekalan air dengan melayari laman web http://www.syabas.com.my/carianmudahssp1 atau memuat naik aplikasi telefon bimbit 'Air Selangor Google Play atau App Store- UTUSAN ONLINE