Beliau berkata, majoriti orang Cina yang memeluk Islam hanya banyak bercakap dalam media sosial tetapi apabila diajak berdakwah mereka enggan.

“Sekarang anda dah masuk Islam, di mana anda dalam berdakwah. Majoriti yang saya tengok di sini Melayu. Cina mana? Majoriti yang berdakwah di Masjid Kapitan Keling, Masjid Putrajaya dan Masjid Negara adalah Melayu. Cina Muslim mana? Cakap banyak tetapi kerja tak jalan. Sekarang masa untuk tunjuk (kerja dakwah).

“Berapa ribu pelancong China datang (Malaysia) tetapi tak cukup sukarelawan berbangsa Cina bercakap bahasa Cina. Banyak buat program (untuk Cina muslim) tetapi makan saja tahu. Turun padang dakwah tak jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video forum bertajuk ‘Rasulullah Sebagai Contoh Ikutan’ yang dimuat naik dalam YouTube petang ini. Video itu berdurasi kira-kira tiga minit setengah dan dirakam pada 25 November 2018 di surau bangunan Perkim, Jalan Ipoh di sini.

Bila buat program dakwah, berapa banyak Cina Muslim yang datang? Cakap banyak sekarang masa untuk tunjuk dan bercakap. Tunjuk apa yang kamu selama ini cakap ustaz Melayu tak buat dakwah...ini ustaz Melayu dah buat dakwah.

Firdaus yang mengetuai Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, majoriti yang berdakwah di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, Masjid Putrajaya dan Masjid Negara adalah Melayu dan hasil usaha pendakwah-pendakwah Melayu di dalam dan luar negara lebih 800 orang memeluk Islam.

“Apa Cina muslim buat. Komplen, komplen, komplen. Kerja tak jalan. Jangan buat malu Cina. Tak suka saya, I don’t care... saya bukan harapkan ihsan kau, kalau rasa tak kena dengan saya saya tidak kisah. Tunjuk dan buktikan saya salah.

“Apa yang Prof. Dr. Ridhuan Tee cakap kadang-kadang betul, kiasu kiasi kiapo, takut mati, takut kalah, takut bini. Semua takut tapi tamak dunia. Bila bercakap mau nombor satu tetapi bila kerja tak apa, itu Melayu buat dulu. Dulu sebelum masuk Islam komplen Melayu tak buat kerja tapi sekarang orang Melayu juga yang buat kerja, you ada di mana? Tolong sampaikan ini kepada mereka,” tegasnya.