Pengurus aset utama itu berkata Dana al-Ilham dan Dana al-Islah mencatatkan hasil dividen masing-masing pada lima peratus dan empat peratus.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pemegang unit yang mengekalkan pegangan unit mereka dalam dana itu sehingga 15 Mac 2019, layak menerima agihan pendapatan itu.

Sehingga 31 Disember 2018, Eastspring Investments menguruskan aset bernilai lebih AS$193 bilion (RM783.7 bilion) bagi pihak pelanggan institusi dan runcit di 11 pasaran utama.

Sementara itu, ia menguruskan aset lebih RM39.3 bilion di Malaysia pada 31 Disember 2018. - BERNAMA