PELBAGAI jenis raja buah iaitu durian akan dijual secara timbang di Durian Fest 2019 di parkir bas Kelab Tasik Putrajaya pada 26 hingga 28 Julai ini. - UTUSAN ONLINE

Kelab Tasik Putrajaya memaklumkan, jualan durian pelbagai gred yang akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu mendapat sokongan dan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk memeriahkan festival tersebut dengan menikmati durian sepuas-puasnya sepanjang tiga hari itu.

"Terdapat juga jualan buah-buahan tempatan lain seperti manggis, mangga dan rambutan serta gerai-gerai makanan dan minuman disediakan untuk pengunjung," katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE