Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memberitahu, operasi khas itu melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap sembilan buah pusat hiburan di dua lokasi berkenaan.

"Kami mendapati pengoperasian pusat hiburan ini adalah tanpa kebenaran dan mempunyai lain-lain kesalahan.

"Anggota penguat kuasa turut mengeluarkan empat notis kertas siasatan (IP), dua notis kompaun (Iklan Tanpa Kebenaran) serta tindakan sita terhadap 46 unit pelbagai peralatan hiburan antaranya pembesar suara, mikrofon dan lain-lain.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan tersebut adalah mengikut Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1992 dan Undang-undang Kecil (UUK) Iklan WPKL 1982 serta di bawah bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

Tambahnya, operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan tindakan yang lebih tegas akan dijalankan. - UTUSAN ONLINE