DBKL dalam satu kenyataan berkata, program yang turut dijayakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Alam Flora Sdn. Bhd. dan penduduk Kampung Puah itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

"Aktiviti pembersihan di tapak perkuburan Islam ini merupakan salah satu daripada program khidmat sosial yang diadakan setiap tahun bersempena sambutan Hari Penguatkuasa DBKL.

"Program amal ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi yang lain dan DBKL sentiasa mengalukan-alukan kerjasama serta penyertaan mana-mana agensi atau pihak yang ingin terlibat sama," katanya.

Yang hadir sama Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengarah Eksekutif Pengurusan, Datuk Mustafa Mohd Nor. - UTUSAN ONLINE