DBKL dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, acara tahunan itu akan diadakan di Gurney Mall Residensi UTM @ KL, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

“Bagi menghargai penglibatan media, pelbagai program akan dianjurkan pada tahun ini seperti Sukan Bersama Media, Hi-Tea Bersama Editor dan Produser, majlis penghargaan serta Lawatan Rasmi ke Pusat Operasi Media.

“Bagi memulakan kalendar 2019 ini, DBKL akan menganjurkan acara boling yang membolehkan penglibatan dalam kalangan pengamal media bersama pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan DBKL,” katanya. - UTUSAN ONLINE