Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan tersebut adalah tiga kawasan lapang yang dicadang untuk dijadikan taman rekreasi di Persiaran Dutamas, Jalan Kelapa Hijau dan sekitar Toba.

"Datuk Bandar turut meluangkan masa kira-kira dua jam beramah mesra selain mendengar aduan serta pandangan penduduk setempat berhubung kerja-kerja naik taraf tersebut,” menurut DBKL dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE