CCMB dalam kenyataan hari ini berkata, Idris mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam penilaian ekuiti, dagangan ekuiti dan pengurusan portfolio proprietari dan unit amanah.

Syarikat itu berkata, sebelum menyertai CCMB, Idris merupakan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), menyelia jabatan pengurusan aset sehingga 31 Disember 2018.

CCMB berkata, lembaga pengarah yakin Idris berada dalam kedudukan yang baik untuk memikul tanggungjawab baharunya dan memimpin strategi pertumbuhan CCMB untuk memacu pertumbuhan yang mapan dan berharap dapat memanfaatkan daripada pengalaman luasnya.

Ketika ini, Idris juga memegang jawatan sebagai Pengarah di Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Syarikat Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Pelaburan Hartanah Nasional Bhd. dan Goodyear Malaysia Bhd. - BERNAMA