Pegawai Komunikasi Korporat MDHS, Junainah Abdullah dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bilangan 1/2019.

“Mesyuarat yang bersidang juga bersetuju caj lewat akan dikenakan mulai 1 April ini. Sehubungan itu, semua pemilik harta yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran penggal 1/2019 dinasihatkan membuat bayaran segera sebelum tarikh yang dinyatakan.

“Bagi pemilik harta yang masih tidak mendapat bil cukai taksiran boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-6064 1331 sambungan 135 atau e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE