-

MBPJ dalam kenyataan memberitahu, cabaran itu diadakan untuk memberi peluang kepada orang ramai sama-sama merasai kesukaran dan keseronokan berpuasa yang dilalui oleh umat Islam di negara ini.

Dalam cabaran itu, peserta digalakkan menjalani amalan asas berpuasa seperti makan sahur pada awal pagi, mengelakkan berkata perkara yang sia-sia dan menahan diri daripada makan dan minum sehingga terbenam matahari.

“Majlis berbuka puasa akan diadakan di Madrasah An-Naimah, Jalan SS 7/17k pada pukul 6.15 petang sehingga 9 malam. Bagi yang tidak berpuasa juga dialu-alukan untuk turut serta menjamu hidangan yang disediakan.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman web https://tinyurl.com/cabaranPuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi di talian 019-6690900. - UTUSAN ONLINE