Pada 12.30 tengah hari ini, petunjuk asas FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 5.10 mata lebih rendah pada 1,658.56 berbanding 1,663.66 semasa ditutup pada Khamis.

Selepas dibuka 5.92 mata lebih kukuh pada 1,658.56, indeks bergerak antara 1,657.01 dan 1,673.45 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 419 berbanding 287, manakala 349 kaunter tidak berubah, 857 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion saham bernilai RM953.29 juta. - BERNAMA