Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.81 mata kepada 1,681.07 daripada 1,679.26 semasa ditutup pada Khamis.

Pada pembukaan, indeks meningkat 1.77 mata kepada 1,681.03.

Suasana pasaran positif dengan 179 kaunter untung mengatasi 75 kaunter rugi, manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,403 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 164.53 juta unit bernilai RM70.81 juta.

Public Investment Bank Bhd dalam nota berkata pelabur dalam pasaran saham AS beralih daripada saham dalam sektor utiliti dan hartanah, yang dilihat sebagai defensif, memihak kepada lebih banyak sektor kitaran seperti teknologi maklumat dan kewangan.

Indeks S&P 500 naik 0.2 peratus manakala Dow Jones Industrial Average melonjak 0.9 peratus. - BERNAMA