BHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kerajaan telah bersetuju bahawa kesemua empat kapal berkenaan akan dibina dan disiapkan di China pada semakan harga kontrak RM1.048 bilion.

BHB merujuk kepada pengumuman awal pemeteraian kontrak antara Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd., anak syarikat BHB bagi membekal empat buah kapal dengan kerjasama rakan limbungan kapal di China.

Berdasarkan kontrak awal tersebut, dua buah kapal pertama akan dibina dan disiapkan di China manakala baki dua kapal lagi akan dibina dan disiapkan di Malaysia pada harga RM1.17 bilion termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). - UTUSAN ONLINE