ZURAIDA KAMARUDDIN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan namun setakat ini, perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

“Kita sedia bekerjasama jika pertolongan diperlukan, sudah tentu bomba bersedia memberikan bantuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas prapelancaran Asia-Pacific Urban Forum Ketujuh (APUF7), di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan, Malaysia sedia membantu Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan di dua wilayah itu susulan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar pula dilaporkan berkata, Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu, sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah negara itu.

Menurut laporan, lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan telah terbakar sejak Januari lalu dengan beratus hektar masih terbakar melibatkan beberapa wilayah. - UTUSAN ONLINE.