Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Bernas, Mohd Zulhelmy Ismail memberitahu, sebagai sokongan pihaknya tampil menghulurkan bantuan sebanyak 600 kapit beras serta 400 bungkus nasi Beriani kepada kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Sumbangan itu disampaikan kepada Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) oleh wakil Bernas hadir di Pejabat Kumpulan Utusan di sini.

“Hubungan Bernas dengan Kumpulan Utusan bukan sahaja telah lama terjalin malah seperti adik-beradik. Sebelum ini Utusan banyak membantu kami terutama melibatkan publisiti.

“Oleh itu, kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada Utusan, walaupun sumbangan ini tidak seberapa diharap ia dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya kepada Utusan Malaysia.- UTUSAN ONLINE