SHAHIR ADNAN
SHAHIR ADNAN 

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia, Shahir Adnan berkata, pihak kementerian sepatutnya mengambil langkah lebih tegas kerana langkah sedia ada jelas tidak menunjukkan sebarang impak yang signifikan dalam menangani permasalahan tersebut.

Menurutnya, hukuman tegas perlu diambil terhadap kilang yang tidak menepati piawaian telah ditetapkan, justeru, beliau menggesa Bee Yin perlu mengambil langkah drastik demi keselamatan murid serta pelajar di sekolah.

“Kita dapat lihat kegagalan Bee Yin dalam mengurus-tadbir isu pencemaran di Pasir Gudang yang berlarutan hampir empat bulan.

“Beliau sekadar membuat kenyataan bahawa kementerian, jabatan alam sekitar dan kerajaan negeri menggiatkan langkah penguatkuasaan ke atas kilang di Pasir Gudang tetapi sehingga kini langkah dilakukan cuma memberi alat pengesan gas kepada sekolah-sekolah di Pasir Gudang. Namun, insiden sama terus berulang membuktikan bahawa langkah ini bukanlah penyelesaian untuk isu ini.

“Kami gesa YB Yeo Bee Yin untuk melakukan ini demi anak-anak yang bersekolah kerana mereka adalah keutamaan dan bukannya pengusaha kilang,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE