DBKL dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, permohonan selama 30 hari yang bermula 15 Februari lalu masih dibuka kepada orang ramai sehingga 14 Mac ini.

“DBKL menyarankan kepada para peniaga yang ingin berniaga di bazar Ramadan 2019 supaya terus memohon melalui talian yang dinyatakan memandangkan tempoh permohonan masih ada lebih kurang 14 hari,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk memohon bazar Ramadan itu boleh berbuat demikian menerusi laman web di https://www.elesen.dbkl.gov.my/ebazar. - UTUSAN ONLINE