Balai Seni Negara dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan didadakan di pekarangan Balai Seni Negara, di sini bermula esok hingga 18 Ogos ini.

"Festival ini mengetengahkan kesenian yang merangkumi program Pekan Sari Seni, Rewang Seni, Ronggeng Anak Muda dan Lontar Kata.

"Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi pada esok," katanya. - UTUSAN ONLINE