Beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut menjadi pilihan PH berbanding usaha untuk mengurus dan mengembangkan aset negara.

“Saya tidak boleh fikir kenapa PH hanya melihat keuntungan satu kali (one-off) menerusi penjualan aset bernilai tinggi milik Khazanah.

“Sedangkan adalah lebih baik untuk menjana pendapatan yang lebih stabil dan berterusan dengan cara menguruskan dan mengembangkan aset kita sendiri,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung isu penjualan aset milik Khazanah di Singapura bakal memperoleh keuntungan yang tinggi bernilai SD$1.575 bilion (RM4.74 bilion) sekali gus menghasilkan keuntungan kepada sayap pelaburan kerajaan. - UTUSAN ONLINE