MPSJ dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, aplikasi itu diperkenal bertujuan memberikan kemudahan pembayaran letak kereta kepada penduduk serta pengguna lalu lintas di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ.

“Melalui inisiatif ini, pengguna tidak perlu tergesa-gesa membuat pembayaran letak kereta MPSJ kerana sistem ini membolehkan mereka membuat pembayaran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya. - UTUSAN ONLINE