Balai Seni Negara dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Anugerah Bakat Muda Sezaman (BMS) yang masuk tahun ke 45 penganjurannya sejak 1974 itu kini telah menyempurnakan edisi ke-25 sebagai pertandingan seni kontemporari.

Katanya, program itu selaras dengan objektif Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

“BMS merupakan pameran berbentuk pertandingan yang mana ia dianjurkan setiap dua tahun sebagai satu ruang ekspresi dan eksperimentasi oleh seniman muda.

“BMS membawakan konsep terbuka dan makmal dengan penglibatan kurator yang dijemput mengelolakan beberapa siri makmal kurator. Fokus BMS 2019 menjurus kepada bakat dalam bidang penghasilan karya seni serta bidang penulisan dan kuratorial.

Majlis perasmian dan penyampaian Hadiah Anugerah BMS 2019 itu akan berlangsung di Balai Seni Negara, di sini pada Khamis ini dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. - UTUSAN ONLINE