Allianz dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, inisiatif dengan kerjasama Science of Life Studies 24/7 (SOLS 24/7) itu bertujuan membantu komuniti kurang bernasib baik di kawasan berkenaan.

"CEC merupakan pusat pembelajaran tempatan yang menjadi hab untuk program komuniti dan pembelajaran untuk hampir 5,000 penduduk Pulau Tuba.

"Fokus utama pusat komuniti ini adalah meningkatkan penguatkuasaan Bahasa Inggeris dan literasi digital supaya para pelajar dapat meningkatkan keboleh pasaran pekerjaan, keputusan akademik dan kesedaran sosial," katanya.

Menurut kenyataan itu, projek itu merupakan satu kebanggaan di mana Allianz telah bertemu dengan guru-guru berdedikasi yang akan menetap di pulau tersebut untuk menjadi fasilitator kepada program berkenaan.

"Kami berharap penduduk tempatan akan memanfaatkan peluang ini,” katanya.

Kenyataan itu menambah, inisiatif itu unik kerana program yang ditawarkan dirangka khas untuk setiap kumpulan mengikut umur dan minat.

"Penduduk berumur tujuh hingga 70 tahun boleh menyertai program yang ditawarkan dalam dua kohort yang terdiri daripada 50 pelajar selama enam bulan (setiap kumpulan) bermula Julai lalu.

"Allianz Malaysia juga akan menaja elaun perjalanan bulanan 24 orang guru sekolah di pulau itu untuk mengadakan kelas tambahan UPSR dan SPM kepada pelajar dari empat sekolah di Pulau Tuba.

"Kami juga akan menaja program tuisyen intensif untuk 70 orang pelajar tingkatan empat dan lima bagi Program Pintar Harapan Pulau Tuba dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA," katanya. - UTUSAN ONLINE