Ketua Pegawai Eksekutifnya, Serene See Aik Lian berkata, program komputer proprietari itu dihasilkan bagi memenuhi keperluan professional cukai yang semakin meningkat dan sistem itu akan diintegrasikan ke dalam satu platform bersama modul lain seperti kesetiausahaan, perakaunan dan audit dalam masa terdekat.

Beliau menambah, iBiZZtax versi ‘Cloud’ itu sesuai untuk semua keperluan percukaian termasuk perniagaan kecil dan sederhana membolehkan pengguna menggunakan gajet masing-masing memuat naik dan mengakses data melalui cloud pada masa sama sekali gus menjimatkan masa pengguna.

“Kelebihan iBiZZtax versi ‘Cloud’ ini adalah perlindungan sekuriti tahap tinggi daripada Dataflex, DigiCert dan Microsoft Azure serta sandaran automatik maklumat pengguna dalam server yang dijamin selamat, contohnya penggunaan tahun lepas akan disimpan dan boleh diakses pengguna pada bila-bila masa.

“Sistem itu memudahkan pengguna melalui kos penyertaannya yang rendah dan berupaya mengirim borang ulasan pulangan cukai, pengiraan cukai, helaian Kerja, lampiran serta konfigurasi modul push2 e-filing luar talian dan dalam talian kepada portal e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri secara terus,” kata dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang pengguna iBiZZtax, Andrew Tong dari Tomax Tax Services Sdn. Bhd., yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut amat berpuas hati dengan prestasi produk tersebut.

“Kami telah menggunakan sistem itu iaitu versi luar talian selama 12 tahun. Ia mudah diguna dan telah membantu kami menjimatkan banyak masa untuk menyiapkan pengiraan cukai pendapatan serta memudahkan urusan penyerahan cukai pendapatan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE