Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan PPR Raya Permai,PPR Sri Alam dan PPR Beringin.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, antara bantuan yang dihulurkan adalah seperti mengecat semua rumah sampah, membaiki taman permainan serta membersihkan kawasan burung.

“Sebelum ini, taman permainan di kawasan PPR sangat teruk. Persekitaran kotor serta banyak kemudahan rosak ekoran perbuatan vandalisme segelintir pihak.

“Oleh itu, dengan rasa tanggungjawab kami menjadikan ketiga-tiga PPR itu sebagai anak angkat. Pemantauan akan dilakukan bagi memastikan kawasan itu sentiasa bersih dan terjaga selain mengadakan kempen kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program Perumahan Ku Bersih 2019 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE